PEMANDU wanita yang merempuh lapan remaja lelaki hingga maut dan lapan lagi cedera di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, awal pagi Sabtu lalu, sedia bertanggungjawab dengan apa yang dilakukannya. Menurut kakak kepada pemandu wanita terbabit, sebaik sahaja berlaku insiden itu, adik perempuannya telah menghubunginya melalui panggilan telefon dan berpesan jangan bimbang keadaan dirinya.
“Adik saya kata dia sedia bertanggungjawab atas kemalangan yang berlaku ini. “Dia telah memperoleh lesen memandu sejak lima tahun lalu. Saya percaya dia mampu hadapi dugaan ini,” katanya kepada Sin Chew Jit Poh. Menurutnya lagi, dia telah menyerahkan telefon bimbit milik adiknya kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
“Selepas kejadian, saya teman adik saya selama dua jam di balai polis. Selepas beri keterangan, adik saya juga menjalani ujian air kencing. Kami telah bersiap sedia apa yang akan berlaku terhadap adik saya selepas ini. “Sekiranya mahu minta ganti rugi, kami mungkin tidak mampu membayarnya. Sekiranya dikenakan hukuman penjara, adik saya kata dia sedia menghadapinya,” katanya.

Pemandu wanita berumur 22 tahun itu dibebaskan selepas pihak polis selesai merekodkan keterangan terhadapnya berhubung kemalangan terbabit.
Sumber: SINAR HARIAN
0 Response to "Akhirnya Dapat Respon Daripada Pemandu Wanita Cina 22 tahun !!! Ini Katanya Yang Ramai Buat Orang Ternganga..."
Post a Comment