Lelaki Ini Kehilangan Sampul Yang Terdapat Gajinya. Sehari Selepas Itu Apa Yang Dia Dapat Buat Dia MENANGIS !!!

Sambutan Tahun Baru Cina kian menghampiri. Ramai yang kini sedang sibuk membeli-belah dan membelanjakan wang untuk menyambut hari perayaan ini.


Tetapi bagi Chen Yan Xin, dia bertambah runsing apabila memikirkan persiapannya untuk meraikan hari terbesar di dalam kalendar masyarakat Cina itu. Chen kehilangan wang gajinya berjumlah 3360RMB (RM2183.20).

Apabila mendapat tahu masalah yang dihadapi Chen, seorang penjual roti bernama Zhao Ping yang mengenali Chen telah menulis sebuah notis tentang masalah yang dihadapi kenalannya itu dan menyebarkannya melalui aplikasi Wechat:

“Pada 12 Januari yang lalu, seorang tukang sapu yang melalui Jalan Wudi County untuk pulang ke rumah pada waktu tengah hari telah kehilangan wang gajinya yang diletakkan di dalam sepucuk sampul surat. 

Jumlah wang di dalam sampul surat yang tertera nama Chen Yan Xin itu adalah sebanyak 3360RMB. Diharap sekiranya ada sesiapa yang terambil atau terjumpa sampul tersebut untuk memulangkannya segera.”


Notis yang dilengkapi nombor untuk dihubungi itu juga turut menjelaskan keadaan Chen yang tidak mempunyai anak untuk bergantung nasib, dan wang di dalam sampul tersebut adalah bayaran 3 bulan gajinya.

Notis tersebut tersebar luas dalam kalangan pengguna-pengguna media sosial dan ianya heboh diperbincangkan. Antara saranan yang dikemukakan adalah untuk mengumpul semula jumlah wang yang hilang itu dan kemudiannya menyamar sebagai orang awam yang ‘terjumpa’ sampul tersebut dan memulangkannya kembali.

Notis yang dikongsikan Zhao Ping itu dengan cepat telah tersebar dengan luasnya. Ramai yang telah menghubunginya untuk menghulurkan bantuan – termasuklah seorang individu dari England jauhnya!

Pada 13hb Januari, sehari selepas Chen kehilangan sampul surat berisi 3 bulan gajinya, seorang lelaki berumur 30 tahun telah tampil bertemu dengan Chen dan menghulurkan sepucuk sampul surat dengan nama Chen Jian Xin tertera padanya berisi 3360 RMB.


Daripada tulisan yang tertera pada sampul surat tersebut, Chen tahu bahawa ianya bukanlah sampul yang sama yang telah hilang. Chen telah menulis namanya menggunakan pena mata bulat; namanya pada sampul surat yang dikembalikan lelaki ini pula ditulis menggunakan pen marker.


Rupa-rupanya, insan yang baik hati ini telah mengumpul duit tersebut dengan rakan-rakannya untuk membantu Chen.

Wang gaji yang hilang tersebut pasti tidak akan dapat dijumpai semula, tindakan mulia lelaki dan rakan-rakannya itu benar-benar telah menyentuh hati Chen.

Lemah melapis, codong menumpang. Apabila setiap individu di dalam masyarakat saling bantu membantu, beban kesukaran yang dipikul pasti akan bertambah ringan dijinjing.

0 Response to "Lelaki Ini Kehilangan Sampul Yang Terdapat Gajinya. Sehari Selepas Itu Apa Yang Dia Dapat Buat Dia MENANGIS !!!"

Post a Comment