Cikgu Curiga Pelajar Buka Dompet Semasa Peperiksaan, Apa Yang SEBENARNYA Berlaku Buat Cikgu SAYU !!! Tak Sangka Betul....


Kebanyakan pembaca di luar sana sudah pasti pernah melalui musim peperiksaan bukan? Selalunya, semasa kita menjawab peperiksaan, di atas meja kita hanya akan ada beberapa batang pen sahaja agar tidak mengganggu konsentrasi.

Tetapi tidak bagi seorang pelajar ini.

Gambar ini mendapat perhatian netizen selepas ianya dimuat naik oleh seorang guru, Mohd Syazwan Shamsudin di Facebook.

Gambar tersebut menunjukkan seorang pelajar sekolah yang meletakkan gambar ibu bapanya di atas meja semasa sedang menjawab peperiksaan.

Guru ini menjelaskan bahawa semasa dia sedang menjaga peperiksaan, dia memerhatikan seorang pelajar ini yang membiarkan dompetnya terbuka di atas meja. Apabila dia mendekati pelajar itu, pelajar itu mengatakan bahawa gambar itu adalah sebagai motivasi.

Guru itu yang tersentuh, tidak sampai hati untuk menyuruh pelajar itu untuk menyimpan dompetnya.


“Tersentuh kejap, aku dulu jangan kata nak buat macam tu, gambar Mak Abah pun tak pernah ada dalam dompet,” ujar guru tersebut lagi di laman Facebook.

Rata-rata netizen menyuarakan perasaan sebak dan kagum mereka kepada netizen. Tidak kurang juga ada yang memberikan sokongan dan menyatakan bahawa itu adalah motivasi terbaik kepada pelajar berasrama, lebih-lebih lagi yang tinggal jauh daripada keluarga.

Netizen yang kagum dengan tindakan pelajar ini menyifatkannya sebagai seorang anak yang baik.

Sumber:- Era Baru

0 Response to "Cikgu Curiga Pelajar Buka Dompet Semasa Peperiksaan, Apa Yang SEBENARNYA Berlaku Buat Cikgu SAYU !!! Tak Sangka Betul...."

Post a Comment