TAHNIAH....!!! YUNA SUDAH BERTUNANG DENGAN ADAM SINCLAIR? BENARKAH INI...?? SEMOGA KEKAL SEHINGGA KE ALAM PERKAHWINAN...


Penyanyi antarabangsa, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara'ai, 30, sebelum ini pernah memuatnaik gambar bersama teman lelakinya yang merupakan adik kepada pelakon Ashraf Sinclair, Adam Sinclair dengan berpakaian sedondon buat julung kali di Instagram, Disember lalu.

Terkini menerusi sumber Berita Harian, timbul dakwaan bahawa pasangan ini sudah pun melangsungkan majlis pertunangan apabila Yuna dikatakan telah menerima lamaran Adam yang juga seorang penerbit itu, minggu lalu. "Selepas lebih setahun berkawan, akhirnya Adam melamar Yuna pada minggu lalu dan Yuna sangat gembira dan menerima lamaran berkenaan," kata sumber terbabit kepada BH.

Klik untuk gambar besar




Spekulasi mengenai percintaan pasangan terbabit hangat diperkatakan sejak September 2015 apabila gambar Yuna bersama Adam dan abangnya, Ashraf, berserta isteri beliau, Bunga Citra Lestari, bercuti di Los Angeles, California, tersebar.

Namun begitu, tiada sebarang pengakuan dibuat oleh mereka bagi mengesahkan gosip berkenaan. Sebaliknya, gambaran yang menunjukkan memang ada sesuatu antara mereka hanyalah dilihat menerusi status ataupun entri kedua-duanya di laman sosial, berserta keterangan gambar yang sangat romantis.



Sementara itu, pengurus kepada penyanyi yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan cukup popular dengan lagu 'Crush' itu, iaitu Nor Zaina Wardah atau Wawa menafikan dakwaan berkenaan, malah mengatakan ia khabar angin semata-mata.

"Tak adalah, ini semua khabar angin saja. Macam mana nak bertunang, sedangkan Yuna baru saja sampai di Malaysia dua hari lalu. "Dia balik ke Malaysia kerana mahu menjayakan festival muzik, LoveLifest," kata Wawa ringkas menerusi aplikasi WhatsApp.




Sumber: Berita Harian

0 Response to "TAHNIAH....!!! YUNA SUDAH BERTUNANG DENGAN ADAM SINCLAIR? BENARKAH INI...?? SEMOGA KEKAL SEHINGGA KE ALAM PERKAHWINAN..."

Post a Comment