Hukum memelihara kucing adalah harus, Walau bagaimanapun, ada situasi yang menyebabkan individu yang memelihara kucing berdosa apabila tidak menunaikan “nafkah zahir dan batin” kucing peliharaannya. Ia seperti keperluan makan, minum, tempat tinggal dan segala yang berkaitan dengan naluri haiwan.
Tidak cukup dengan itu , dosanya bertambah apabila mengganggu ketenteraman hidup jiran. Maka, dibimbangi dia tergolong dalam kalangan manusia yang dinafikan kesempurnaan imannya.
Ada kalanya terdapat seseorang yang tidak pun memelihara kucing, tetapi dia teramat gemar memberi makanan kepada kucing-kucing liar, sehingga menyebabkan banyak kucing liar “berkampung” di sekitar rumah-rumah jiran, juga dianggap satu dosa
Sekiranya menyebabkan ketenteraman jiran terganggu. Memberi makanan kepada kucing tersebut niat yang baik, tetapi ia negatif dari segi implikasinya. Demikian juga perbuatan sengaja membuang kucing liar di kawasan rumah jiran atau kedai-kedai makan, ia juga dianggap satu dosa kerana menyusahkan orang lain.
Wanita ini telah menceritakan pengalaman berhadapan dengan jiran yang tidak reti menghormati jiran lain dengan memberi kucing makan. Disebabkan sikap jirannya itu, seluruh kawasan kejiranan lain dipenuhi dengan najis-najis kucing. Semoga perkara ini diambil berat oleh semua pihak, walaupun perkara ini dilihat biasa tetapi memberi impak yang besar.
“Aku tinggal di kawasan apartment kos sederhana kat area lembah klang ni. Aku duk situ sejak 2012 sebaik je lepas kahwin. Mula-mula aku tinggal situ, tak ramai sangat penduduk kat kawasan tu. Kawasannya bersih, hijau saja. Cantik, sebab tu kami beli rumah kat situ, parking pun masih banyak.
“Sekarang makin ramai penyewa yang dah mula bermigrasi kat kawasan tu dengan perangai dan mentaliti kelas kesepuluh menyusahkan orang ramai. Nak kata aku senior sangat tu taklah sebab ramai lagi yang tinggal lebih awal dan aku takde masalah langsung dengan mereka.
“Aku bukannya tak suka kucing. Aku biasa-biasa saja. Tak adalah benci, tapi tak adalah sampai nak belai-belai nak cium macam orang lain, aku nautral saja. Tapi suami aku alah pada bulu kucing. Hidung dia sensitif, tak boleh tahan asyik bersin je. Jadi memang kami tak bela kucing dalam rumah.
“Jiran aku pulak ada dua orang yang sangat suka kucing. Semua kucing-kucing jalanan dia akan bagi makan. Aku tak kisah pun. Tapi janganlah sampai bagi makan dekat depan rumah dia! Aku duk tingkat 4, satu aras ada 4 rumah saja. Tapi bila dia mula bagi makan kucing kat tingkat itu, makin banyak lah kucing yang naik kat atas. Siap anak cucu cicit, sepupu, suku sakat dia!
“Kucing ini kan, sekali orang bagi makan, dia akan selalu datang rumah itu. Dia akan tinggal di situ. Jadinya kat aras aku itu dah macam aras kucing! Hei, nak bagi makan tak salah, bagi lah dekat bawah, kawasan lapang yang ada pasir. Tak adalah dia melepak, kencing berak kat selipar orang, kat depan pintu, kat tangga! Siapa yang nak bersihkan? Ada korang fikir?
“Kalau budiman sangat, tolong bawa masuk kucing-kucing tu dalam rumah masing-masing. bagi makan dalam rumah, keluar sikit modal beli sangkar ke apa-apa untuk kucing tu. Barulah penyayang namanya. Jangan tahu bagi makan je, tapi kebajikan yang lain taknak jaga. Duk lah kucing tu sejuk2 tidur kat luar rumah. Lagi-lagi time hujan. Orang bela kucing, ko pun nak bela. Tapi tanggungjawab takde.
“Aku tengok masalah ni bukan kat blok aku je. Bila aku g rumah kawan kat blok lain pun sama jugak! Siap orang buh nasi lauk ikan dalam polystyrene kat tangga! Menderulah kucing datang. Tapi bila dah habis makan, sisa makanan dan tulang2 ikan bersepah-sepah kat tangga. Orang pun lalu dan terpijak. Habis kotor semua tingkat. Korang yang nak rebut pahala sangat tu, fikir-fikirkan lah hubungan sesama manusia jugak. Jangan pentingkan diri! Kalau hari-hari masalah yang sama, tak kesian ke kat jiran-jiran? Kat akak cleaner yang duk cuci sisa makanan, najis kucing tu?
“Kucing terbiar kat mana-mana je sekarang ni. Kalau nak bagi makan, tolong kena pada tempatnya. Kat dalam kedai makan pun sama. Sukahati je bagi kepala ikan kat bawah meja. Pastu kucing tu makan Kadang-kadang tak habis. Orang lain terpijak pulak, dah kotor satu kedai. Kalau nak bagi makan boleh, nak sedekah kan, bagi lah kat luar kedai. Kat tepi jalan. Jauh sikit dari laluan orang ramai.
“Aku tahu ramai yang akan kecam. Tapi aku cakap benda yang betul. Kalau ko boleh bela kucing terbiar depan pintu rumah, nanti orang non muslim pun start nak bagi makan kat anjing terbiar kat depan pintu rumah! Eh, bab tu korang sensitif pulak ya?? Tak adil konon, aku tak kisah pun korang nak bela kambing ke lembu ke hatta gajah sekalipun, asalkan bawak masuk dalam rumah masing-masing dan jangan menyusahkan jiran-jiran,” tulisnya. – MissA/UtaraNews.com
0 Response to "BENARKAH Kucing Peliharaan Boleh Bawa Kita Ke Neraka...???"
Post a Comment