(Gambar) Honeymoon Paling "Rare", Pengantin Baru Ini Tunggang Kapchai Pusing Satu Semenanjung Untuk Bulan Madu Mereka.. Terbaiklah Brader...


(Gambar) Honeymoon Paling "Rare", Pengantin Baru Ini Tunggang Kapchai Pusing Satu Semenanjung Untuk Bulan Madu Mereka

Sudah pasti ramai antara kita sebelum ini mengimpikan satu percutian bulan madu yang indah dan mewah selepas kahwin, rata-rata ingin pergi keluar negara sebagai hadiah perkahwinan.
Namun, berbulan madu di tempat percutian terkenal sudah menjadi perkara biasa bagi ramai orang diluar sana, malah ada mereka sudah pergi merata pelusuk dunia.
Namun, bagi pasangan pengantin ini, mereka mengabadikan kenangan perkahwinan mereka dengan pergi bebulan madu dengan cara yang cukup 'rare', mana tidaknya, mereka telah bercuti bulan madu dengan mengelilingi Semenanjung Malaysia dengan hanya menaiki moto kapchai.
Pasangan Amy Zkamaldan isterinya Afizza Ajis dari Pulau Pinang ini, mereka telah membuat keputusan untuk mengabadikan bulan madu mereka sebagai rider dua tayar mengelilingi semenanjung Malaysia dengan menunggang motosikal Yamaha Y15ZR milik Amy Zkamal.
*Lenguh pungkoq oooii, pusing satu Semenanjung, Isteri dia memang hebat.
Jom kita lihat gambar-gambar yang dikongsikan mereka bergerak dari Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Perlis dan Kedah.
 Mission honeymoon ride 1 semenanjung..
Lokasi: juru menghala ke ipoh.
 Lokasi di ipoh.. msa ni bru pas pekena nasi WANG GEI.. nasi GANJA...
Menghala ke KUALA LUMPUR.
 Lokasi : RNR RAWANG.. berenti isi minyak n buang najis kecik n besaqq
 Alhamdullah.. check point pertama kt KUALA LUMPUR.. 
Lokasi: HOTEL FEDERAL KUALA LUMPUR.
 Round2 ibu negara.. bli bjuu selai dua kt HARD ROCK CAFE KL.. disebabkn wife kja HARD ROCK HOTEL PENANG, dpt laa diskaun skit.
 Tempat wajib bergambaq bila smpai kt KL..
Lokasi: KLCC
 Satu lagi tempat wajib bergambaq.. 
Lokasi: DATARAN MERDEKA
 Lokasi: PLAZA LOW YAT.
 Day 2.. bertolak dri KL jam 9.30pagi menghala ke negeri sembilan.. 
Lokasi sasaran : PORT DICKSON
 Dah sampaiii PORT DICKSON.
 Naaaaa.. alhamdulillah dh smpaiii PORT DICKSON dgn selamatnyaaa.
 Pas port dickson, kitowang shoot g melaka mencari kudapan wajib di KLEBANG MELAKA..
-ICE BLENDED KLEBANG
 Lokasi: KUIH KERIA ANTARABANGSA HJ JALIL..
Seriuss sedap.. smpaii mlm still lembut
Naaaaa... tempatt wajib bergmbaq bila sampai di melaka..
LOKASI: KOTA AFAMOSA
Becaa dohhhh.. pika pikaaaa pikaaaaa pikachuuuu😂😂😂😂😂
KOTA AFFAMOSA MELAKA😊😊😊
 Dri melaka, kita shoot g JOHOR BHARU.. perhhhhhh bangsa johor mmg peramah.. 👍🏻👍🏻👍🏻
 Day 3 tukaq minyak itam kt johor baharu.. alhamdulillah minyak itam xsusut sebab maintain speed 110kmh
 DAULAT TUANKUUU
LOKASI: ISTANA BUKIT SERENE JOHOR BAHARU
 Fasiliti bola sepak johor mmg trbaikk.. nmpk cam mat salleh pyaaaa.. hahahhahaa..
Terbaik TMJ
 Otw ke Kuantan PAHANG.
 Selamat smpai KUANTAN.. alhamdulillah.. nmpk x inai dijariiii.. honeymoon ktakan.. hahahahhaa
 AGV K5 SOLELUNA
 Isi minyak kt BANDAR KUANTAN smbil servey hotel kt TRIVAGO..
Dari KUANTAN menghala ke TERENGGANU..
 Skaliii skala post gmbaq kitaa xkn xlehh kn?? Hahahahhaa
 Masa nii wife mintak rest sat... gilaa sakit belakang katanyyaaa..
Lokasi: lupaa laaa.. hahahahhaa.. tapi jajahan terengganu..
 Lokasi : STADIUM SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN.
 LOKASI: sepadan TERENGGANU DAN KELANTAN
 Check in kt HOTEL PERDANA KOTA BHARU.
Lepas breakfast trus isi minyak kt PETRONAS JELI KELANTAN.. nk shoot g PERLIS.
 Lokasi GRIK BANJARAN TITIWANGSA..
Masya allah.. diaaa punya view hanya tuhan sajaa yang taw.. betapa cantiknya ciptaan tuhan..
 Kan kan kan kan.. cantikk kn..
LOKASI:BANJARAN TITIWANGSA
 Lokasi: TASIK BANDING
 Lokasi: ROYAL BELUM TASIK BANDING
 Alhamdulillah.. selamat smpai KANGAR PERLIS
 Lokasi: MENARA ALOR SETAR
 Dri ALOR SETAR TRUS NK BLIKK KG HALAMAN PENANG..

Apa yang admin dapat cakap, misi 5 hari mereka bulan madu ini memang rare dan akan terpahat menjadi kenangan yang pasti tak dapat mereka lupakan, memang tak sama lansung dengan bercuti makan angin seperti orang lain, anda memang terbaik, tak ramai perempuan sangguh susah payah letih macamni, lelaki pun.

sumber : viralberitahangat

0 Response to "(Gambar) Honeymoon Paling "Rare", Pengantin Baru Ini Tunggang Kapchai Pusing Satu Semenanjung Untuk Bulan Madu Mereka.. Terbaiklah Brader..."

Post a Comment